5 Tips Ceriakan Hubungan Seks Suami Isteri




Hubungan seks merupakan perkara penting di dalam kehidupan suami isteri.Namun bagi si suami mungkin menanti-nanti saat untuk melakukan hubungan seks,sedangkan si isteri pula mungkin akibat kepenatan terutama yang bekerja menjadikan hubungan seks yang sepatutnya penuh dengan keghairahan bertukar kepada perkara yang di benci.Maklumlah si suami mungkin dah ready aje tetapi si isteri mungkin sekadar menjalankan tanggungjawabnya sahaja-tanpa perasaan,tanpa keghairahan hanyalah seolah-olah sekujur tubuh yang kaku.

Jika keadaan ini berlaku bagaimankah untuk membangkitkan semula keghairahan isteri.Marilah kita perhalusi perkara ini

1. Kajilah apa masalah isteri anda.Jangan main ‘balun’ aje! Kenal pasti puncanya.mungkin isteri anda ada masalah kesihatan ke,masalah bimbang ke, tertekan ke.Jika serius berjumpalah dengan doktor untuk jalan penyelesaian terbaik.Takkan nak diam aje.Berbincanglah dari hati ke hati.Insyaalah selesai masalah.

2. Pertingkatkanlah ilmun anda,wahai sang suami. atau sang isteri.Pasangan sepatutnya menikmati hubungan kelamin yang menyeronokkan.Bangkitkan rasa ghairah bersama dan praktikkan melalui pembacaan buku atau majalah yang sesuai.

3.Bina fikiran seksi di dalam fikiran anda.Fikirkan tentang keghairahan seks,berfikiran seksi dan sensual.Sentuh tubuh anda yang lebih seksi(ke seksa?) atau sesekali cuba bayangkan saat-saat sensual anda bersama pasangan.

4.Mulakan terapi seks bersama pasangan.Ketika berada di dalam suasana yang tenang,damai dan romantis,cuba ransang diri anda dan pasangan dengan sentuhan dan pelukan hangat.Biarkan pasangan anda membalas sentuhan dan pelukan hangat anda dan cuba menikmati keghairahan semulajadi yang mula menular di dalam diri anda.

5.Berusahalah secara berterusan.persiapkan diri anda untuk menangani masalah jika ada.Berusahalah memperbaiki hubungan kelamin bersama pasangan anda.memang segalanya ada masalah dan masalah perlu ditangani dengan bijak supaya anda dan pasangan anda senantiasa berbahagia

Leave a comment