Tips Bakal pengantin Lelaki Sewaktu IjabKabul




Buat bakal pengantin lelaki dan perempuan tentu berdebar -debar menantikan saat indah akan disatukan.bagi pengantin perempuan dan lelaki bukan sahaja malam pertama akan menjadi igauan,tetapi juga saat akan diijabkabulkan oleh tok kadi.Bagi pembaca yang sudah berkahwin tentulah saat diijabkabulkan dulu merupakan memori indah yang tidak akan dilupakan.Ya…saat dihalalkan hubungan seks bersama pasangan serta melayari bahtera hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan. cerita bab cabaran nie tentulah saat tangan dipegang oleh Tok Kadi merupakan saat-saat getir agak. Banyak cerita tentang darah gemuruh pengantin lelaki yang telah kita dengar.Ada yang terpaksa ditenangkan oleh Tok Kadi…maklumlah dah masuk 3 kali masih tersilap akadnya…Malahan ada yang terpaksa berehat sekejap…siap mandi lagi untuk menghilangkan darah gemuruh.Kat sini ada sedikit petua kepada bakal pengantin lelaki sbelum akad nikah…..

Tips 1

Kalau anda bekerja….bawak-bawak la bercuti.Ambillah cuti tu awal sikit… contohnya 2 minggu sebelum akad nikah ke…atau tentukan cuti pada masa yang sesuai.Lapangkan fikiran..tak ayah lah nak fikirkan tentang kerja.Sebaliknya isilah pemikiran supaya positif menghadapi hari perkahwinan.

Tips 2

Apa kata akad nikah kita jalankan di masjid.Sekarang ramai pasangan yang sudah ingin melangsungkan pernikahan di masjid.Maklumlah jika kat rumah tentu riuh rendah dengan suara kanak-kanak serta sanak saudara.Pernikahan di masjidkankan lebih tenang.Boleh laksanakan solat sunat.Sekurang-kurangnya rasa gabra atau gemuruh akan berkurangan,maklumlah berada di tempat mulia.

Tips 3

Buatlah persediaan sedikit.banykakan membaca buku atau bahan tentang hukum hakam perkahwinan.Tu la…lain kali kenalah biasa melaksanakan hukum Allah…solat jangan la tinggal,rukun iman atau rukun Islam kalau ditanya oleh Tok kadi pun tak boleh jawab tentu kantoi…..Maklumah sekarang ramai pasangan muda yang teringin nak berkahwin tetapi surah Al fatihah pun tak tau nak dibaca.Seelok -eloknya sebagai lelaki kita nantinya akan menjadi pemimpin kepada steri dan anak-anak,dalamilah ilmu tentang agama,bab basic macam sembahyang,surah-surah lazim kena la laksana atau hafal.Barulah tenang nak mengadap muka Tok Kadi…

Tips 4

Pilih la pengapit dari sahabat atau kawan kita yang rapat sebagai pengapit.Nantinya sewaktu menunggu waktu nak akad nikah ada juga kawan yang boleh dijadikan rakan berbual.Pastikanlah kawan atau pengapit anda tu,berpengalaman,boleh dibuat rujukan…terutama saat-saat anda terlupa sesuatu.

Tips 5

Akhir…Tenangkanlah diri anda.Jangan la banyak fikir sangat,nanti runsing lagi susah..tentu dah banyak yang sudah dipelajari sewaktu kursus perkahwinan dulu.Sebelum memutuskan untuk berkahwain baikilah diri,baiki amalan….bacalah ayat-ayat al Quran semoga lebih tenang….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s