Jantina Anak Dari Hubungan Kelamin



Para ilmuan Islam terdahulu berpendapat bahawa sifat tertumpahnya air mani ke rahim sewaktu bersetubuh iaitu dari segi sama ada mani suami atau mani isteri terdahulu keluarnya, dari segi kuantitinya, melambangkan jantina anak yang akan dilahirkan.

Menurut Sheikh Ajhuri, jika mani lelaki itu banyak daripada maninya perempuan, maka anak yang bakal dilahirkan itu akan menyerupai bapanya dan jika mani perempuan yang lebih banyak kuantitinya maka anak itu akan menyerupai ibunya.

Walau bagaimanapun menurut Syekh Ibn Hajar bahawa keadaan anak itu sama ada menyerupai bapanya atau ibunya bergantung kepada enam keadaan:

1. Mani lelaki dahulu keluar dan lebih banyak, anak yang bakal dilahirkan adalah anak lelaki yang menyerupai bapanya.

2. Mani perempuan dahulu keluar dan lebih banyak, anak yang bakal lahir adalah (lelaki) yang menyerupai ibunya.

3. Mani lelaki dahulu keluar tetapi mani perempuan lebih banyak, anak yang bakal dilahirkan ialah (perempuan) menyerupai ibunya.

4. Mani perempuan dahulu keluar, tapi mani lelaki lebih banyak, anak (perempuan) menyerupai bapanya bakal dilahirkan.

5. Mani lelaki dahulu keluar dan sama banyak dengan mani perempuan, Bakal dilahirkan anak (lelaki) yang tiada serupa dengan kedua ibu bapanya.

6. Mani perempuan keluar dahulu, dan sama banyak dengan mani lelaki. Bakal dilahirkan anak (perempuan) yang tiada menyerupai kedua pasangan tersebut.

Apabila diteliti adanya tanda-tanda ini, amatlah sukar dipastikan mani suamikah atau isteri yang keluar dahulu dan mani siapa yang lebih banyak. Menurut seksologi moden, perempuan hanya mengeluarkan satu ovum pada satu pusingan haid dan sperma lelaki akan berenang menuju ovum itu untuk bersenyawa. Kemungkinan besar bahawa apa yang dimaksudkan dengan keluarnya mani itu ialah inzal, kerana inzal boleh terdahulu terkemudian. Bagaimanapun, hakikat anak menyerupai bapa atau ibu masih belum dapat dipecahkan rahsianya oleh sains.

Pendapat Barat

Perbezaan dalam bentuk dan saiz, serta nisbah keseluruhan kandungan sperma mengikut seks, menunjukkan bahawa faktor-faktor lain juga terlibat, selain dari banyaknya jumlah sperma itu. Kelajuan sperma mengalir untuk bersenyawa nampaknya lebih menguntungkan sperma yang mengandungi benih lelaki (jenis Y) kerana mereka adalah lebih kecil. Pada ketika kesuburan isteri, sperma ini akan dapat berenang dengan pantas dengan tenaga yang sama berbanding benih wanita (Jenis x).

Menjarangkan perlakuan senggama atau bersetubuh akan lebih memungkinkan sperma jenis Y (benih untuk anak lelaki) menjadi lebih banyak. Menjarangkan melakukan persetubuhan akan membanyakkan endosperma (yang akan menghasilkan anak lelaki) sedangkan kandungan sperma yang sedikit adalah lebih mirip kepada melahirkan anak perempuan.

Antara pendapat barat untuk mendapatkan anak perempuan ialah:

1. Hentikan persetubuhan dua atau tiga hari sebelum kesuburan isteri.

2. Setiap persetubuhan mestilah didahulukan dengan memasukkan cecair zat asam yang disediakan dengan cara membancuh dua camca besar cuka putih (cuka makan) ke dalam satu gelas besar air. Ini untuk menjamin kemenangan benih perempuan (jenis x) dari sperma suami dan akan melumpuhkan pergerakan benih lelaki (jenis Y).

3. Jika isteri biasanya mencapai inzal pada masa senggama itu, dia patutlah cuba untuk mengelakkannya. Ini kerana inzal akan meningkatkan pengeluaran zat pahit rahim faraj dan ini akan melemahkan suasana zat asam yang telah dibentuk menerusi langkah 2 di atas.

4. Posisi senggama yang patut dilakukan ialah cara berhadapan. Ini akan mengelakkan mani dari terpancut betul-betul pada dasar rahim dan dari itu tidak berpeluang melalui suasana zat asam yang telah dibentuk melalui langkah 2 di atas.

5. Suami hendaklah menarik sedikit zakarnya agar hanya separuh batang zakar berada dalam faraj ketika suami inzal. Ini untuk menjamin bahawa sperma suami terdedah dengan zat asam di dalam faraj dan mesti berenang melintasinya untuk sampai ke dasar rahim.

6. Tidak perlu menangguhkan persetubuhan. Ertinya, suami isteri haruslah kerap melakukan senggama hinggalah persetubuhan akhir yang berlaku dua atau tiga hari sebelum keluarnya benih isteri. Ini adalah kerana, dengan kerap bersetubuh maka kandungan sperma di dalam mani akan berkurangan dan mungkin akan meningkatkan benih perempuan di dalamnya. Maka melakukan persetubuhan lebih kerap untuk mendapatkan anak perempuan adalah digalakkan.

Pendapat barat untuk mendapatkan anak lelaki:

1. Persetubuhan hendaklah dilakukan serapat atau sehampir yang boleh dengan masa keluarnya benih isteri (ovum) pada masa kesuburan.

2. Setiap persetubuhan haruslah didahului dengan memasukkan cecair dari zat pahit, iaitu dengan mencampurkan soda penaik (baking powder) sebanyak dua sudu besar ke dalam cawan besar air.

3. Inzal isteri tidak penting tetapi adalah digalakkan dalam usaha ini, jika seorang wanita biasanya mengalami inzal, suaminya patutlah melakukan inzal bersaing dengan isterinya atau membuatkan isterinya inzal terlebih dahulu.

4. Posisi bersetubuh dari belakang adalah posisi yang paling baik bagi tujuan ini. Ini dapat menjamin agar mani suami terpancut pada pintu rahim dan tidak pada dua ruang yang berada bersetentang dengannya (dinamakan cul-de-sac dan fornix hadapan). Ini penting kerana mazi isteri yang keluar dari rahim itu mempunyai zat pahit (alkali) yang tinggi, dan suasana zat pahit ini adalah paling sesuai untuk benih anak lelaki (andosperma).

5. Semasa suami memancutkan maninya, hendaklah dia meletakkan zakarnya jauh ke dalam fajar, sedalam-dalamnya untuk menjamin bahawa mani itu dihantar dekat dengan rahim.

6. Adalah perlu untuk tidak kerap bersetubuh. Persetubuhan perlu dielakkan sepenuhnya dari mulanya haid kering hinggalah pada ketika kesuburan. Ini menolong untuk membanyakkan kandungan benih anak lelaki di dalam mani suami. Ini bermakna, jika persetubuhan pertama pada bulan itu berlaku tepat pada masa kesuburan, iaitu bila mazi rahim adalah banyak dan mempunyai zat pahit, maka benih anak lelaki akan berenang dengan lajunya menuju benih isteri. Tapi jika persetubuhan itu berlaku tercepat dua atau tiga hari sebelum kesuburan itu, maka sebilangan besar dari benih anak lelaki itu akan lumpuh pada masa ketibaan benih isteri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s