Rahim terbalik tidak boleh dirawat




SAYA berumur 26 tahun dan sudah berkahwin selama dua tahun tetapi belum dikurniakan anak. Saya tidak mengalami sebarang masalah berkaitan haid. Sejak tiga bulan ini, saya berasa sakit di sebelah kiri perut hingga ke belakang.

Hasil pemeriksaan imbasan di klinik baru-baru ini, doktor mengatakan kesakitan saya disebabkan rahim terbalik ke belakang. Doktor menyarankan saya supaya pergi berurut.

Apakah yang dimaksudkan dengan masalah rahim terbalik atau terjatuh dan rawatan sesuai untuk menangani masalah ini?

Saya benar-benar inginkan zuriat, harap doktor dapat membantu.

RISAU,
Kuala Lumpur

BERJUMPALAH dengan pakar sakit puan anda untuk mendapatkan penjelasan lebih terperinci. Rahim terbalik ke belakang dinamakan retroverted uterus.

Istilah lebih tepat sebenarnya adalah retroflexion namun umumnya istilah retroverted lebih kerap digunakan. Untuk makluman anda, rahim (uterus) adalah satu organ wanita yang tidak bertulang dan hanya disokong (berpaut) di pangkalnya oleh kumpulan otot lantai pelvis, manakala bahagian badannya yang berbentuk buah pear pula tidak mempunyai sokongan kuat.

Dalam kebanyakan wanita, rahim terletak di bahagian tengah kawasan ruang pelvis dalam kedudukan badannya sedikit condong ke hadapan. Dalam keadaan anda pula, bahagian badan rahim ini condong ke belakang ke arah tulang belakang. Ini boleh diketahui melalui pemeriksaan dalaman dan dilihat melalui imbasan ultrabunyi.

Ramai yang menyangka rahim boleh diubah atau dibetulkan kedudukannya secara urutan. Kepercayaan ini dibuat berdasarkan andaian bahawa rahim itu mungkin tergelincir daripada kedudukannya maka ia boleh diubah semula. Andaian ini tidak benar.

Teknik urutan juga sepatutnya tidak dapat mencapai bahagian rahim jika dipegang dari bahagian abdomen atau kawasan ari-ari melainkan jika rahim terbabit membengkak sehingga menyamai saiz rahim wanita hamil tiga bulan (12 minggu). Itupun hanya kawasan puncak rahim sahaja yang dapat dirasai.

Pemeriksaan dalaman secara memasukkan jari ke dalam faraj dan dilambungkan rahim ke atas membolehkan rahim dirasai oleh tangan yang diletakkan di kawasan ari-ari walaupun rahim terbabit bersaiz biasa atau tidak sampai saiz tiga bulan kehamilan.

Bagaimanapun, tiada halangan untuk anda berurut memandangkan ia tidak mendatangkan kesan secara langsung (buruk atau baik) kepada rahim, cuma anda dinasihatkan untuk membuang air kencing terlebih dulu bagi mengelakkan risiko tekanan urutan yang kuat ke atas pundi kencing sehingga boleh menyebabkan trauma. Berurut dapat memberi kelegaan tubuh badan.

Memandangkan anda juga mempunyai masalah kesakitan, eloklah anda menjalani pemeriksaan lanjut.

Rahim retroverted, kesakitan dan masalah kesuburan boleh berkaitan antara satu sama lain.

Satu lagi kemungkinan yang perlu diketepikan iaitu penyakit peradangan pelvis (PID) yang juga mempunyai kaitan dengan kesuburan. Jika kedua-dua penyakit di atas tiada, maka keadaan rahim terbalik bukanlah penyebab masalah kesuburan seseorang wanita.

Kajian terkini juga membuktikan pembedahan membetulkan kedudukan rahim tidak meningkatkan peluang kehamilan dengan ketara. Malah, anda juga perlu faham bahawa pembedahan juga dijalankan untuk mengetahui punca dan merawat penyakit namun tidak menjanjikan kesakitan anda akan hilang.

2 thoughts on “Rahim terbalik tidak boleh dirawat

  1. SAYA DAH KAWIN 3 THN..TAPI MASIH TAKDE ANAK…BARU NI PERIOD LEWAT JADI SAYA PERGI KLINIK UTK MEMERIKSAAN..NAMUN TEST HAMIL NEGATIF..SELEPAS ITU DR. SCAN DAN MENYATAKAN YANG SAYA PUNYA RAHIM TERBALIK..JADI APA YANG PATUT SAYA BUAT…SAMPAI HARI NI PUN PERIOD SAYA MASIH TAK DATANG LAGI…

  2. SALAM SEJAHTERA

    Sy ana ingin btanya kepada dr.bahawa sy musykil tntang rahim terbalik,kawan sy sedang mengandung 1 bulan tetapi dia pergi buat pemeriksaan dr.mengatakan mnyuruh kwn sy refer ke pakar apakah kandungan yg di kandungnya itu masih ada lagi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s