Seksualiti Manusia




Mengapa lelaki bantutkan hubungan seksual? Ramai wanita yang mengalami kesukaran untuk mencapai orgasme ketika melakukan hubungan seksual dengan pasangan. Kesukaran mengalami orgasme juga bermakna wanita tidak akan mencapai kepuasan dalam hubungan seksual.

Salah satu masalah yang menarik untuk dipelajari, diteliti dan dipraktikkan adalah Seksualiti Manusia. Prinsip psikologi seks telah dilaporkan perintis psikologi seks, Havelock Ellis yang mula menyelidik perihal ini dari 1896 hingga 1928 dan kemudian diteruskan pula oleh pakar-pakar masa kini.

Kemudian pada 1929, terbit buku Ideal Marriage yang disusun Theodor Hendrik Van de Velde. De Velde menekankan betapa pentingnya lelaki dan wanita dapat hidup bersama dalam suatu hubungan seksual; saling menerima dan memberi kesenangan seksual adalah penting daripada hanya kepuasan satu pihak sahaja.

Dalam penyelidikan perubatan umum, masalah seksual sering ditemui samada ada pada lelaki mahupun wanita. Satu organisasi wanita nasional di New York pada 1972 melaporkan hanya 30 peratus daripada 3,000 wanita diselidik mampu mencapai orgasme secara teratur selama melakukan hubungan seksual. Sementara itu, 27 peratus pernah mengalami orgasme tetapi tidak teratur dan sisanya tidak pernah mengalami orgasme (Hire S., 1977 The Hite Reports, a Nationwide Study of Female Sexuality).

Berikutnya Clarke pula melaporkan hanya 20 peratus wanita di dunia sanggup mencapai orgasme selama melakukan hubungan seksual (Clarke M., 1977 Mother and Child a Journal of Paediatric Obstetric and Gynecology).

Melihat realiti ilmiah ini, sesungguhnya memperlihatkan sejauh mana kemampuan lelaki membahagiakan pasangannya dalam hubungan seksual. Namun hanya gara-gara ketidakmampuan dalam urusan hubungan seksual.

Sebahagian besar pasangan pengantin baru pada tahun pertama banyak mengalami impotensi. Bahkan sebahagian besar lelaki di dunia mengalaminya. Impotensi ini boleh mengakibatkan ‘misorgasm’ pada wanita. Menurut Dr. J. Alex Pangkahila, sebahagian besar lelaki kurang puas dengan kualiti orgasmenya kerana mereka dibebani oleh ‘misorgasm’ yang dialami pasangannya. Sebenarnya hal ini tidak menimbulkan masalah bagi potensi seksual lelaki, tetapi apabila gagal untuk mencapai orgasme agar berlangsung cukup lama dan terus menerus, akan menimbulkan gangguan psikologi pada keduanya.

Walaupun lelaki mampu menikmati orgasme sekitar 80 hingga 100 peratus dari hubungan seksual yang dilakukan, tetapi mereka menilai bahawa orgasme tersebut tidak bermutu sebab sebahagian besar daripada mereka mengalami impotensi, sedangkan wanita pula sebaliknya iaitu sebahagian besar hanya mampu mencapai orgasme 20 peratus daripada hubungan seksualnya.

Mengapa ramai wanita gagal mencapai puncak kepuasan?

Ini ada kena mengena dengan keadaan wanita yang memerlukan waktu lebih lama untuk memasuki tahap keaktifan seksual apabila dibandingkan dengan lelaki. Kesulitan untuk membangkitkan ghairah seksual ini adalah disebabkan oleh lelaki yang mengalami mati pucuk. Gangguan potensi seksual lelaki (impotensi) meliputi beberapa pengertian. Ada sesetengah orang yang merumuskan impotensi dalam erti sempit, iaitu ketidakmampuan menegang. Sebenarnya impotensi merupakan suatu kelemahan atau kurang tenaga untuk melakukan hubungan seksual. Dalam erti kata yang luas, impotensi adalah gangguan seksual lelaki. Ini kerana mereka tidak ada kemampuan untuk membangkitkan seksual berinisiatif, membangkitkan ereksi dengan sempurna untuk melakukan hubungan seksual dengan mencapai kepuasan pada kondisi normal.

Impotensi pada lelaki terdiri daripada empat jenis iaitu;

1. Abnormaliti ghairah seks

2. Abnormaliti ereksi

3. Abnormaliti ejakulasi dan

4. Abnormaliti orgasme atau emosional

Potensi seksual seseorang dipengaruhi banyak faktor. Antara lain, faktor psikogenik, fisikorganik, persekitaran dan pengalaman seksual. Gangguan potensi seksual yang merupakan gangguan seksual non organik boleh disebabkan oleh faktor kemunduran kesegaran jasmani, kurangnya kemampuan atau ketrampilan saat melakukan hubungan seksual dan kelemahan otot-otot dasar pinggul.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s