Buat aktiviti lasak ketika hamil




SAYA kini hamil anak ketiga. Saya agak lasak ketika hamil dan selalu melakukan kerja berat seperti mengangkat barang.

Adakalanya saya mendukung kedua-dua sekali anak saya. Alhamdulillah, kandungan anak pertama hingga hamil anak ketiga ini tiada masalah.

Tetapi jika saya berterusan mengamalkan aktiviti saya ini, adakah ia boleh menjejaskan kandungan atau menimbulkan masalah kesihatan?

ANIZAH,
Shah Alam, Selangor.

WANITA tidak digalakkan melakukan aktiviti yang memberi tekanan intra-abdominal berlebihan secara berpanjangan atau berterusan.

Ia boleh menyebabkan otot lantai pelvis mengendur dan membawa dinding faraj, rahim, pundi kencing dan usus besar jatuh bersamanya dalam pelbagai tahap keterukan.

Bilangan kehamilan atau kelahiran yang bertambah, ketumbuhan dalam abdomen atau pelvis, batuk berpanjangan, sembelit kronik sehingga terpaksa meneran serta mengangkat barang berat diketahui sebagai faktor penyebab rahim jatuh yang lebih dikenali sebagai prolaps rahim.

Keadaan ini lazimnya dialami selepas usia menopaus (apabila otot menjadi kurang kenyal), namun ia boleh berlaku pada usia jauh lebih muda lagi. Anda kini hamil, kandungan anda juga akan terus membesar.

Usahlah ditambah lagi tekanan intra-abdominal itu.

2 thoughts on “Buat aktiviti lasak ketika hamil

  1. salam,

    saya ingin bertanya apakah risiko wanita yang prolapse hamil. saya kini hamil ank ke3. semasa melahirkan ank kedua rahim saya dikesan prolapse oleh bidan kg dan saya sndiri dapat merasakannya…tetapi dia tidak tetap kekadang mcm nk keluar tetapi dlm masa yg lain pula mcm tak de apa..mengikut dari pembacaan saya prolapse yg saya alami mungkin peringkat pertama/kedua.

    saya betul2 risau dengan kndungan saya skrg..buat ms sekrg tak de apa2 masalah…baru masuk dua bulan.

    harap sudi membantu saya..tq

    • wsalam…
      rasanya puan kena pergi ke pakar sakit puan or doktor2 bertauliah untuk membuat pengesahan terhadap kandungan puan. dengan cara ini puan akan lebih pasti tentang status kandungan puan dan dapat mengelakkan sebarang komplikasi terhadap puan dan kandungan. lebih selamat puan merujuk kepada doktor pakar dalam bidang tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s