Sering terasa keluar angin




SAYA berusia 18 tahun dan kerap terasa angin keluar daripada kemaluan saya. Walaupun angin itu keluar dengan sedikit, ia kerap berlaku sewaktu saya bergerak seperti berjalan atau duduk.

Masalah ini sangat mengganggu saya kerana saya sering sangsi ketika menunaikan solat memandangkan tidak pasti sama ada air sembahyang sah atau tidak. Apakah punca masalah ini dan bagaimana cara mengatasinya?

IFA,
Mukim Siong, Baling, Kedah

DALAM posisi tertentu, angin dari luar boleh ‘disedut’ memasuki faraj, angin ini juga akan keluar semula kemudian. Anda mungkin dapat mengenal pasti posisi ini dan kini cuba mengubah posisi untuk mengelakkan kemasukan angin.

Di samping itu, anda juga boleh mula mengamalkan senaman kegel (senaman otot pelvis) untuk menguatkan otot pelvis anda. Jika ia berterusan, anda perlu berjumpa doktor.

Terdapat beberapa penyakit yang menyebabkan angin keluar dari faraj. Contohnya penyakit fistula rekto-vagina yang boleh menyebabkan angin dan najis keluar melalui faraj.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s