Sukar hamil anak kedua




SAYA berusia 31 tahun, ibu kepada anak berusia lima tahun. Masalahnya, saya masih sukar hamil sejak kelahiran anak pertama itu.

Saya mengalami senggugut yang agak teruk hingga pitam, loya, muntah dan pening menyebabkan hanya mampu berbaring sepanjang hari.

Adakah ia antara sebab saya sukar hamil kini? Ketika melahirkan anak pertama dulu, saya mengalami masalah uri melekat dan proses kelahiran dengan bantuan kaedah drip. Adakah ia berkait dengan masalah yang saya hadapi sekarang?

Saya tidak pernah berjumpa mana-mana pakar sakit puan dan ingin tahu, adakah kos rawatannya mahal?

RINE,
Taman Gembira, Johor Bahru

SAYA andaikan bantuan kelahiran secara drip adalah bantuan ubatan untuk menguatkan pengecutan otot (kontraksi) bersalin, augmentasi bersalin adalah istilah perubatan yang lebih dikenali sebagai induksi bersalin secara amnya.

Uri melekat pula menerangkan keadaan uri tidak dapat dikeluarkan setelah tempoh tertentu sehingga memerlukan bantuan teknik manual untuk mengeluarkannya.

Kedua-dua proses augmentasi bersalin dan teknik manual mengeluarkan uri ini lazimnya tiada kaitan dengan kesukaran hamil.

Berjumpalah dengan pakar sakit puan untuk pemeriksaan lanjut, anda tidak perlu menanggung kesakitan sebegitu rupa. Masalah senggugut yang dialami juga mungkin petanda penyakit tertentu, ia juga boleh berkaitan dengan kesuburan (tidak semestinya dalam semua senggugut).

Kos pemeriksaan dan rawatan swasta lazimnya lebih mahal berbanding di hospital kerajaan, sama seperti mana-mana penyakit. Untuk permulaan, bolehlah anda menjalani pemeriksaan di hospital kerajaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s