Wanita bimbang gagal hamil




SAYA berusia 22 tahun dan melakukan prosedur ‘dilation and curettage’ (D&C) dua kali pada November 2008 dan April 2009.

Saya melakukannya kerana berasa masih terlalu muda untuk menjadi ibu. Saya juga pernah mengambil pil Marvelon selama dua bulan (Januari dan Februari), tetapi menghentikan pengambilannya kerana tidak dapat mendisiplinkan diri.

Kali pertama menjalani D&C, saya tidak menghadapi sebarang masalah, tetapi untuk kali kedua, timbul masalah. Walaupun sudah seminggu menjalani D&C, saya masih mengalami loya.

Kemudian, saya bertemu dengan doktor yang mengendalikan kes saya. Rupa-rupanya D&C itu belum bersih lalu doktor menjalani proses cucian semula rahim saya. Untuk kali ini, doktor itu tidak menggunakan kaedah D&C, tetapi menggunakan kaedah ‘suction’.

Selepas prosedur itu, saya berkeadaan baik sehinggalah tiga hari kemudian, mula berasa sakit di bahagian bawah abdomen, diikuti pengeluaran darah dari faraj. Selepas beberapa hari menanggung kesakitan, saya ke klinik swasta lain.

Doktor di klinik itu mengatakan saya mengalami penyakit radang pelvik (pelvic inflammatory disease atau PID). Melalui pembacaan saya, PID adalah punca utama kemandulan dalam kalangan wanita.

Kini saya benar-benar risau. Adakah peluang saya untuk menjadi ibu suatu hari nanti?

WANITA RUNSING,
Puchong, Selangor

PID adalah peradangan organ dalaman sistem peranakan wanita (seperti rahim, tiub falopio dan ovari) yang lazimnya disebabkan jangkitan kuman.

Anda sebenarnya sudah tiga kali menjalani proses ‘mencuc’ rahim. ‘Suction’ juga sejenis kaedah mencuci rahim, ia dilakukan secara mengeluarkan isi kandungan rahim menggunakan alatan tiub penyedut dan kemudian disusuli dengan prosedur ‘curettage’.

Berkemungkinan kali kedua, ia dilakukan tidak atau kurang sempurna malah kandungan mungkin masih ‘hidup’ berdasarkan tanda loya yang masih anda alami.

Setiap prosedur mendedahkan anda kepada kemungkinan risiko berkaitannya seperti pendarahan, trauma tembusan dinding rahim, prosedur tidak atau kurang sempurna, jangkitan rahim (endometritis) dan seumpamanya.

Prosedur ‘mencuci’ rahim seperti mana-mana prosedur pembedahan, ia dilakukan dalam persekitaran bersih di dalam bilik bedah dan menggunakan peralatan yang sudah dinyahkuman bagi mengurangkan risiko jangkitan.

PID lazimnya disebabkan kuman bakteria yang berkait dengan jangkitan seksual seperti Chlamydia.

Peradangan PID boleh berulang dan menjadi kronik. Peradangan PID boleh menyebabkan kerosakan kepada organ penting dalam membolehkan kehamilan, contohnya tiub falopio tersumbat. Tidak semua wanita yang mengalami PID tidak boleh hamil.

Bagaimanapun, kajian mendapati PID mempunyai kaitan dengan masalah kesuburan, kehamilan ektopik, kesakitan kronik, abses (jangkitan bernanah) di dalam pelvis dan seumpamanya.

Doktor anda pasti sudah memberikan rawatan antibiotik sewaktu serangan PID terbabit serta menjalankan ujian tertentu bagi mengesan kehadiran kuman seperti ujian swab vagina, ujian darah malah ujian air kencing juga (bagi mengesan jangkitan pundi kencing yang turut boleh dialami).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s