Teknik Cakar Harimau




Korang mesti pernah dengar ‘Teknik Cakar Harimau’ tapi tak tahu macamana kan…Hari nie aku nak kongsi apa yang aku tahu daripada bahan bacaan aku..so buat para isteri ini adalah bonus untuk suami lebih2 lagi ‘Hari Bapa’…

Langkah pertama dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.

Langkah kedua pula, kata beliau, ialah mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan diikuti langkah ketiga dengan membuat `jemput-jemput’ pada bahagian tulang belikat.

Langkah keempat dan kelima merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau’ – menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.

Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang.

Langkah keenam ialah dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.

Langkah ketujuh sebenarnya merupakan satu `bonus’ tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok.

Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu’.

source

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s