Berhajat tambah saiz




MINGGU ini saya ingin berkongsi satu maklumat berkaitan isu kesihatan lelaki kerana ramai mengajukan soalan mengenai keadaan bentuk fizikal ‘senjata’ mereka.

Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), satu daripada isu kesihatan lelaki ialah mengenai anggota kelamin yang mengalami kekurangan daripada aspek saiz, bentuk dan fungsi.

Isu itu menjadi tanggungjawab doktor yang mengendalikan kesihatan lelaki untuk memastikan keperluan itu dipenuhi dengan kaedah dan pendekatan selamat serta berkesan.

Di samping itu ada lelaki mahu membesarkan anggota kelaminnya mengikut keseronokan sendiri. Mereka sebenarnya memiliki anggota kelamin berbentuk normal dan tiada apa-apa masalah kecuali mahukan ‘senjata’ lebih besar

Masalah timbul apabila kedua-dua kelompok lelaki, iaitu mereka yang memang mempunyai masalah saiz dan bentuk alat kelamin dan mereka yang normal tetapi ingin tambahkan saiznya, mencari jalan secara sendiri tanpa merujuk kepada pakar untuk menyelesaikan masalah mereka.

Sebilangan besar daripada mereka akan gunakan Internet untuk mencari penawar dan sanggup menghabiskan wang ringgit untuk mencuba pelbagai pendekatan dan kaedah yang sebilangan besarnya tidak memberi apa-apa kesan positif.

Sebilangan kaedah yang disyorkan melalui Internet memudaratkan jika lelaki yang mengamalkannya tidak faham atau keliru mengenai amalannya atau penggunaannya.

Kaedah pembesaran anggota kelamin melalui pendekatan tarikan tisu otot alat kelamin atau ‘tissue extension method’ dengan penggunaan alat penarikan mendapat banyak perhatian kerana ia dianggap selamat, berkesan, senang dan tidak memudaratkan.

Kini ada banyak alat mempunyai fungsi sama yang kebanyakannya hasil daripada teknologi ciplak yang dipaparkan dalam Internet dan ia tidak sama dengan alat yang melalui proses piawaian dan kajian klinikal.

Kebanyakan peralatan itu kelihatan sama seperti yang asli tetapi sebenarnya tidak. Jika dipakai, ia boleh memudaratkan anggota kelamin.

Saya mula mengendalikan kes lelaki yang mempunyai isu saiz dan bentuk anggota kelamin 15 tahun lalu. Ketika itu alat penarik tisu otot alat kelamin baru diperkenalkan di Eropah.

Saya mendapat sampel alat berkenaan ketika menghadiri Konferensi Andrologi Antarabangsa di Salzberg, Austria. Selepas menggunakannya dan mendapati ia berkesan, saya cuba berhubung dengan syarikat yang mengeluarkannya untuk membeli beberapa set.

Bagaimanapun, ketika itu alat itu masih dalam kajian dan hanya dipasarkan di sekitar Eropah. Kini alat itu dipasarkan secara global setelah mendapat sijil piawaian antarabangsa dan sokongan pakar urologi dan andrologi antarabangsa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s