Campuran darah pekat




SAYA terima banyak pertanyaan mengenai penyakit hematospermia, oleh itu saya jelaskan penyakit itu kali ini untuk renungan bersama serta memudahkan penghidapnya mengenal pasti simptom, sekali gus membuat rawatan awal sebelum berlarutan ke tahap lebih kritikal.

Hematospermia sebenarnya adalah darah dalam air mani. Sememangnya ia adalah keadaan yang menakutkan, lebih-lebih lagi jika darah itu kelihatan pekat dan jelas walaupun tiada terasa apa-apa kesan yang menyakitkan.

Jika terasa sakit, mungkin ia disebabkan salur kencing terluka dan mendatangkan kesan ketika membuang air kecil. Jika luka itu belum sembuh, darah juga akan kelihatan dalam air kencing. Jadi ini bermakna darah itu datang dari pundi yang menghasilkan air mani.

Pundi prostat menyumbang 70 hingga 75 peratus daripada air mani, pundi seminal vesicle pula menyumbang 20 peratus dan yang lain daripada pundi epididimis, pundi cowpers, pepundi daripada salur kencing dan dua peratus daripada buah kerandut.

Pancutan yang kesudahannya datang daripada pundi seminal. Radang pundi prostat atau ‘prostatitis’ punca utama hematospermia dan radang itu berlaku akibat jangkitan.

Jarang hematospermia akibat ketumbuhan prostat dan ini boleh dikenal pasti melalui pemeriksaan dengan alat pengimbas atau ‘ultrasound’.

Selain kandungan darah dalam air mani, simptom radang prostat ialah terasa tidak selesa selepas ejakulasi dan kencing tidak lancar selepas ejakulasi.
Salah satu sebab jangkitan boleh berlaku dalam pundi prostat ialah menahan atau mengemut ketika ejakulasi berlaku, macam seolah-olah menahan daripada cepat klimaks.

Cara ini membuatkan sedikit cecair dari salur kencing termasuk semula ke dalam salur pundi prostat dan jika kebetulan ada kuman dalam salur kencing di kawasan pundi prostat, kuman itu akan termasuk dan membiak dan menyebabkan berlakunya radang pundi prostat.

Jika mahu elak mendapat radang pundi prostat, elok jangan menahan ejakulasi. Jika mahu kawal ejakulasi daripada berlaku cepat, lebih baik mengawal pergerakan ereksi dalam faraj!

Penyakit ini juga boleh berulang dan biasanya akan diberi antibiotik doxycycline, paracetemol dan ural effervescent granules untuk kelegaan.

Bagaimanapun, penyakit sebegini tiada kaitan dengan ereksi seseorang dan ia juga tidak mengganggu sistem alat kelamin.

source

hotmedia2u

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s