Premis tawar urutan gay diserbu



DUA orang lelaki menutup muka selepas ditahan polis kerana disyaki melakukan urutan gay di Pulau Tikus, George Town semalam.

GEORGE TOWN – Alasan dua pelanggan lelaki yang datang ke sebuah pusat urutan gay di Pulau Tikus di sini kononnya untuk berjumpa dengan rakan mereka di situ gagal meyakinkan polis menyebabkan mereka ditahan dalam satu serbuan semalam.

Ketika serbuan pada pukul 12.30 tengah malam itu, polis turut menahan tiga pemuda dipercayai tukang urut dan penyelia yang berusia antara 28 hingga 33 tahun.

Menurut jurucakap polis, pihaknya terpaksa menunggu lebih dua jam untuk masuk ke dalam premis tersebut kerana perlu melalui proses pengecaman wajah pelanggan.

“Kami dapat masuk premis itu selepas seorang pelanggan keluar dari pusat urut yang terletak di tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah itu.

“Ketika serbuan, terdapat dua pelanggan lelaki dipercayai baru selesai menjalankan urutan,” katanya yang memberitahu serbuan tersebut merupakan yang keempat sejak tahun lalu.

Difahamkan, pusat urut yang dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) itu hanya membenarkan pelanggan tetap sahaja untuk masuk ke dalam dengan menggunakan sistem kod rahsia di pintu masuk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s