Falsafah……motivasi…….madah……hadis…..



Kubur Stiap Hari Menyeru Mnusia Sbanyak (5) Kali

1. Aku rumah yang tpencil,maka kamu akan snang dengan slalu mbaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah pnuh dgn tanah dan debu,bwalah amal soleh yang menjadi hamparan.
…4. Aku rumah ular bbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah ptanyaan Munkar & Nakir,maka bnyaklah bacaan
“Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah”, supaya kamu dpat jawapan kepadanya.

jika semua harta adalah racun maka zakatlah penawarnya,
jika seluruh umur adalah dosa maka taqwa dan taubatlah ubatnya,
jika seluruh bulan adalah noda maka RAMADHAN lah pemutihnya…

Kehidupan ini tidak memungkinkan kita boleh menggapai semua benda yang dirancang dan dihajati tetapi lumrah hidup ianya berkisar bagaimana kita menerimapakai sesuatu cara untuk mengatasi sebuah kegagalan yang muncul, dan gagal muncul dalam hidup ini untuk kita memperbaiki perjalanan pada kemudian harinya. alangkah indahnya jika semua faham tentangnya.


Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Ada 4 di pandang sebagai ibu “, iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya

hidup berdendam umpama hajat yang tidak sampai. sentiasa cuba mencari kesalahan orang yang didendami dan menunggu masa orang didendami jatuh tersungkur supaya hati berasa puas. ini bukanlah perbuatan yang sepatutnya untuk kita maju kehadapan. diri akan sentiasa merasa ketinggalan.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu
iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat
duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang
…paling disenanginya. ”

Riwayat Al-Tabrani

* Allah telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
…(yang lima waktu).
* Allah telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam
semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s